Saturday, June 18, 2011

Achik Spin – Malam Semakin Dingin



Aku cuba untuk mendekati
Tapi engkau tiada peduli
Tulusnya niat di hati
Mungkin kau tersalah erti

Bukannya ingin merantai dirimu
Ataupun mengikat janji
Masih ada banyak lagi
Harus kau pelajari

Aku ingin kemesraan
Serta senyum keramahan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan

Kau rahsiakan kedinginan
Menyelimuti hati
Aku juga kedinginan
Kerana sikap mu itu

Walupun setebal mana
Selimut membaluti
Aku masih kedinginan
Sepi tanpa berteman

Kedinginan mu kerana malam
Yang masih lagi panjang
Kedinginan ku jauh bandingan
Dengan dirimu….

Axl’s – Setelah Hati terluka



Mestikah airmata ini
Membasahi di pipi ku
Perlukah ku meratap hiba
Setelah hati terluka

Ku sedar siapa diri ini
Hanya mampu member cinta
Namun ku tak mampu
Menatap bahagia

Tiada guna aku ratapi
Kasih dan sayang takkan kembali
Ini sudah suratan
Yang azali

Bukan aku mengemis simpati sesiapa
Buat penawar duka yang amat lara
Kerna aku sedari diri umpama kaca
Tak bercahya….pudar warna

Axl’s – Akulah kekasihmu



Itukah dia kekasih yang berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hati nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik janji ia merayu
Kekasih mu ini terlalu ingin kembali
Semenjak ia mengetahui
Kekasih mu itu membuat kau bersedih

Oh kekasih mu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selam-lamanya
Hanya untuk menyangimu
Hanya untuk bercinta lagi….

Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Aku kan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimu kan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi.,….

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kerna ku kekasih mu
Hingga ke akhir hayat…

Handy Black – Kau Yang Bernama Seri



Relakan cinta mu seri
Leburkanlah rindu ku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati

Biarpun hanya seketika
Biarpun bukan selama – lama
Sekali sudi kau menerima
Sejuta kali ku kan setia

Sekali bumi beredar Mentari terbit
Di ufuk dunia Bintang di angkasa
Masih bernafas di dada
Selagi itu kau ku cinta…

Inilah janji ku
Insan yang mengenal erti
Sepi yang tiada sepi
Sepi lagi

Tinggal kan harapan
Satu – satunya sandaran
Jalan ku pulang ke jalan
Yang terang

Seri aku merayu
Pada kau yang bernama
Seri…

Legacy – ditelan pahit dibuang sayang



Semakin lama, semakin jelas
Perasaan mu terhadap ku
Walau kini ku dimiliki
Namun diriku kau rindukan..

Aku tak mampu untuk memilih
Satu diantara kau dan dia
Tak sanggup aku merelakan
Sehingga ada jiwa akan terluka

Bila kau meminta diri ini
Untuk membuat keputusan
Tak mungkin dapat kulakukan
Ini di luar kemampuan ku

Dan hati ini sukar menerima
Hakikat sebenar
Aku tak terdaya untuk memutus
Jalinan cinta

Harus kau akui apa yang terjadi
Kasih berbelah bagi bukan kehendak ku
Puas kufikirkan perit perasaan
Namun persoalan tiada jawapan

Semakin ku rasa
Ditelan pahit
Dibuang sayang….