Saturday, June 18, 2011

Olan – Hitam Manisan

Jikalau ku tahu diri ku hanyalah  sandaran mu,
Tak akan ku curah segala cinta ku padamu,
Mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang,
Bahawa aku hanyalah tempat persinggahan mu.

Sudah menjadi lumrah  ada insan lupa daratan,
Waktu kau kesusahan aku tempat engkau mengadu,
Tapi apabila engkau senang mudahnya kau berubah hati,
Dan kau bersuka ria dengan orang yang lain…

Waktu susah kau cari aku,
Waktu senang engkau tinggalkan aku,
Begitulah sikap mu yang tak tahu,
Kenang budi…

Waktu duka akulah teman,
Wakru perlu akulah kekasih mu,
Tapi selepas ltu mengapa kau,
Khianati…

Apa gunanya dikenang – kenang ,
pada orang yang tak menghargai,
segala pengorbanan diriku,
akhirnya aku terluka…

aku hanya bersabar sambil dalam hati ku bertanya,
bahagikah engkau membiarkan ku terkilan rasa,
sesungguhnya dirimu adalah manusia yang lupa daratan,
dengan mudah kau mungkiri segala janji mu…..

Dahulu aku sering hiburkan hatimu sayang,
Dan mengapa balasan mu kini,
Menyakiti hati ku….

No comments:

Post a Comment